KUALA NERUS - Kebimbangan penduduk mengenai jalan yang menghubungkan Pantai Mengabang Telipot dan Pengkalan Maras  bakal terputus seakan menjadi realiti apabila kedudukan jalan dengan pantai kini tinggal tidak sampai 50 meter.

Ombak yang kian mengganas sejak malam tadi dan dijangka berlarutan sehingga malam lusa itu telah menghanyutkan lebih 25 meter pasir pantai dalam sekelip mata.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati pihak berkuasa tempatan (PBT) telah meletakkan kon di sekitar laluan berkenaan bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya untuk lebih berhati.

Turut dipasang tali garisan amaran oleh polis bagi memastikan orang ramai tidak menghampiri kawasan jalan yang runtuh akibat hakisan pantai itu.

Kerja-kerja mengorek pasir juga giat dilakukan bagi mengurangkan masalah hakisan, sekaligus menyelamatkan jalan raya yang kian terancam itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Kuala Terengganu/Kuala Nerus, (PA) Ahmad Kamal  Hakim Ngah berkata, APM menempatkan anggota untuk membuat rondaan di kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan penduduk lebih terjamin.

"Setakat ini, kita membuat rondaan secara berkala di kawasan yang terlibat dengan hakisan itu untuk memastikan keselamatan orang awam,"katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MARANG - Terengganu yang mempunyai pesisir pantai yang panjang sehingga digelar negeri pesisir pantai atau negeri pesisir air menyebabkan banyak kawasan terdedah kepada hakisan termasuk di daerah ini.
  • PULAU TIOMAN - Hakisan yang berlaku di Kampung Air Batang akibat dibadai ombak besar pada musim bergelora kini telah mengakibatkan kerosakan pada jalan.
  • MENGABANG TELIPOT - Orang ramai dinasihatkan agar tidak menjadikan kawasan hakisan di Kampung Kolam sebagai ‘pesta’ atau tumpuan hingga boleh membahayakan nyawa terutama pada waktu malam.
  • KUALA TERENGGANU - Penglibatan pihak korporat melaksanakan program penanaman pokok bakau di kawasan berisiko perlu diperbanyakkan.
  • TUMPAT - Bimbang berlakunya hakisan, kehadiran kapal sedut pasir terlalu hampir dengan tebing meresahkan penduduk Kampung Laut.