DUNGUN - Sebuah wakaf usang yang masih utuh binaannya dipindahkan ke lokasi lebih baik untuk dimanfaatkan penduduk Kampung Santong, di sini.

Wakaf berusia lebih 40 tahun itu diangkat secara bergotong-royong oleh penduduk kampung dan sebagai meneruskan tradisi saling bantu-membantu dalam kalangan masyarakat.

Wakaf itu juga bakal dijadikan simbolik sebagai bahan sejarah dan tarikan di kampung itu.

Secara tidak langsung, program gotong-royong yang sering dianjurkan di kampung berkenaan akan memberi kesedaran kepada generasi muda untuk terus mempertahankan semangat kejiranan dan setia kawan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PAKA - Bersesuaian dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', satu program gotong-royong perdana bersama komuniti diadakan di Balai Polis Paka, di sini, baru-baru ini.
  • SEPANGGAR - Hampir 5,000 landak laut dikutip di sekitar jeti Pusat Kecemerlangan Perahu Layar, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Teluk Sepanggar, sempena Program Jiwa Murni Mega Dive, di sini pagi tadi.
  • JITRA - Seramai 500 peserta terdiri daripada penduduk Kampung Kubu dan sukarelawan Jabatan Pertanian menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan parit dan sawah, di sini hari ini.
  • PUCHONG - Kira-kira 300 masyarakat sekitar Puchong bersama polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat serta ahli Kepolisan Komuniti (CP) bersama-sama menyertai aktiviti menyapu sampah beramai-ramai di sekitar Puchong Utama, pagi semalam.
  • SELAYANG - Pihak berkuasa tempatan termasuk kerajaan negeri digesa mengambil tindakan segera terhadap bangunan terbengkalai berhampiran Apartmen Julia, Bandar Baru, Selayang yang menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes dan kegiatan jenayah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.