SEBERANG JERTIH - Rakyat negeri Terengganu  tetapi lahir di negeri lain dinasihatkan tidak melengahkan  membuat permohonan status sebagai rakyat negeri ini di semua pejabat daerah di negeri ini.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, masih ramai rakyat negeri ini yang tidak mengetahui bahawa status sebagai rakyat negeri ini boleh dibuat walaupun mereka dilahirkan di negeri lain.

Menurutnya, isu ini lazimnya timbul berikutan ramai ibu mengandung dari Hospital Besut tetapi terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan atau hospital lain di luar negeri ini kerana masalah untuk bersalin.

“Apabila bayi dilahirkan di negeri berkenaan menyebabkan kod pada kad pengenalan mereka berdasarkan negeri kelahiran dan situasi ini  menyebabkan ramai rakyat Terengganu mempunyai kod kelahiran Kelantan atau negeri lain berdepan kesulitan mendapatkan pelbagai kemudahan yang ditawar kerajaan negeri termasuk tanah.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan status kerakyatan negeri di bawah Tuanku Sultan  perlu membuat permohonan dengan mengisi borang khas yang disediakan di semua pejabat daerah di negeri ini,” katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bersedia untuk mengimport bekalan bahan mentah seperti kelapa untuk menampung permintaan sepanjang sambutan Aidilfitri ini jika keadaan memerlukan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof.
  • KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu memberi jaminan bekalan ayam dan daging di Terengganu mencukupi bagi tempoh bermula minggu depan sehingga ke musim perayaan ini.