• Mangsa yang terlibat dalam kemalangan di LTSM diberi rawatan. Mangsa yang terlibat dalam kemalangan di LTSM diberi rawatan.
1 /

KUALA TERENGGANU – Suasana di landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini malam kelmarin, ‘gempar’ hingga menarik perhatian penduduk seketika dengan deruman jentera penyelamat yang terdiri daripada bomba, polis, ambulans dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang memperlihatkan seakan-akan berlaku kemalangan membabitkan pesawat.

Bagaimanapun, suasana ‘panik’ itu hanyalah lakonan semata-mata yang bertujuan bagi menguji tahap keberkesanan serta memahirkan jabatan atau agensi yang terlibat seperti mana yang terkandung dalam ‘Airport Emergency Plan (AEP).

Malah, LTSM juga muncul sebagai lapangan terbang pertama di negara ini mengadakan latihan separuh pada waktu malam sebagai persediaan sekiranya berlaku tragedi pada masa akan datang.

Menurut Pengurus LTSM, Dr. Ahmad Ramli Mahmood, setiap dua tahun sekali latihan bagi menguji prosedur sedia ada serta penambahbaikan prosedur ataupun peralatan operasi terutamanya yang melibatkan kemalangan lapangan“Latihan yang mula diperkenalkan sejak 2007 ini diadakan setiap dua tahun sekali, di mana sebelum ini kita hanya mengadakan pada waktu siang, tetapi bagi tahun ini kita telahmengadakan pada waktu malam untuk melihat persediaan dan kemampuan semua agensi yang terlibat sekiranya berlaku kemalangan sebenar.

“Melalui latihan yang diadakan ini juga kita dapat menilai tahap keberkesanan jabatan ataupun agensi yang terlibat dalam kecemasan lapangan terbang dan hasilnya yang ditunjukkan malam ini berjaya mencapai matlamat sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebaik selesai Latihan Kemalangan Pesawat Terhempas 2012 di LTSM, di sini, malam kelmarin.

Menurut Ahmad Ramli, dalam sesi latihan yang diadakan lengkap dengan bilik gerakan operasi itu menyaksikan seramai 50 anggota daripada enam agensi yang terlibat iaitu Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Hospital, JPAM dan LTSM.

Mengulas lanjut mengenai latihan kecemasan yang menyaksikan sebanyak enam syarikat penerbangan beroperasi termasuk sekolah penerbangan itu, beliau secara peribadi berpuas hati dengan kerjasama dan kesungguhan kesemua agensi yang terlibat dalam latihan julung kali diadakan pada waktu malam.

Antara enam syarikat penerbangan yang beroperasi di LTSM itu ialah AirAsia, Mas, Firefly, Webstar, Kistaa, APFT, HM Aerospace.