KERTEH – Enam kawasan tanah rancangan Felda di seluruh daerah ini menjadi ‘bank pengundi’ terbesar buat Barisan Nasional (BN) yang menyumbang kepada lebih 15 peratus undi bagi memastikan kemenangan di Parlimen Kemaman.

Calon BN Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kawasan Felda Kerteh 5, Felda Kerteh 6, Felda Seberang Tayor, Felda Cerul, Felda Neram 1 dan Felda Neram 2 adalah kekuatan asas buat BN.

Menurutnya, sokongan pengundi dari semua kawasan Felda itu akan membantu memberi kemenangan kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

“Kita juga mendapat sokongan terbesar daripada masyarakat di pedalaman dan kelas menengah,” katanya ketika melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Kerteh, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman, Senator Rohani Abdullah dan rombongan Pejabat Parlimen Kemaman.

Sementara itu, Ahmad Shabery menyeru mana-mana ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti dan terasa hati, kerana tidak terpilih sebagai calon agar tidak berterusan berperasaan demikian.

“Perkara ini sepatutnya padam selepas seminggu pengumuman nama calon sebab dalam soal ini, kita tidak boleh lihat calon yang terpilih itu adalah rezeki (kepada calon terpilih), sebalik itu adalah tanggungjawab buat calon yang terpilih.

“Kita semua perlu bersatu hati kerana apa yang penting kemenangan parti,” katanya.

Mengulas mengenai gerak kerja jentera beliau menjelang hari pengundian, Menteri Belia dan Sukan ini berkata, tempo gerak kerja akan ditingkatkan tiga hari terakhir sebelum PRU13.

“Tiga hari terakhir adalah waktu kita memecut, semua tenaga yang ada akan dikerah (berkempen habis-habisan),” katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LABIS - Kira-kira 300 generasi kedua Felda Chemplak, di sini, yang juga ahli persatuan Kami Anak Chemplak (KAC) mengambil kesempatan untuk berkumpul menjalankan pelbagai aktiviti sempena cuti Hari Krismas, baru-baru ini.
  • KUANTAN - Tujuh kontrak Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Pahang dibatalkan.
  • GUA MUSANG - Program Jom Ke Sekolah dengan kerjasama Felda dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu inisiatif kebangsaan bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.
  • KUANTAN - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan menyambut baik langkah Felda mentransformasikan tanah rancangan Felda sebagai bandar pintar melalui pelancaran Felda 2.0 dengan memilih Felda Lurah Bilut, Bentong sebagai projek perintisnya tahun depan.
  • PASIR GUDANG - Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, penantian seramai 377 peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di sini menuntut baki daripada penjualan tanah mereka berjumlah RM1.4 juta seorang sejak lebih 25 tahun lalu masih menemui jalan buntu.