KUALA TERENGGANU – Empat lif di Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) sedang dibaikpulih secara berperingkat.     

Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, dua lif sedang dalam pelaksanaan (baik pulih) dan dijangka siap pada tahun ini.

"Manakala dua lagi pula, dijangka siap pada Mac tahun hadapan.  Lif di HSNZ sudah terlalu lama dan agak sukar untuk dibaiki.  Manakala, kos bagi membaikpulih setiap lif, dianggarkan sekitar RM400 ribu.   

“Walaupun kosnya agak tinggi tetapi (kita) tiada pilihan lain, bagi memastikan ia dapat digunakan.  Manakala lima lagi lif akan diangkat bagi peruntukan  pada tahun hadapan,” katanya menjawab soalan dalam perbahasan dari Ariffin Deraman (Pas -Alor Limbat) berhubung kemudahan tersebut dalam sesi penggulungan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini

Malah mengakui masalah yang dihadapi termasuk dirinya sendiri, Satiful Bahari Mamat (Pas-Paka) juga menyokong lif tersebut diganti meskipun kosnya agak tinggi bagi kemudahan bersama.      Roslee juga memberi cadangan dalam sidang dewan persidangan, agar mereka yang berumur 40 tahun ke bawah menggunakan kemudahan tangga bagi mengelakkan kesesakan selain sebagai ‘exercise’ terutama di tingkat-tingkat yang rendah.

Dalam pada itu, berhubung status hospital Kemaman yang ditanya oleh Dr Alias Razak (Pas –Bukit Tunggal ) beliau menjelaskan, ia masih dalam proses awal.

“Berlaku kelewatan baru-baru ini, adalah disebabkan telah berlaku pindaan skop projek tetapi ia berada dalam tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Pindaan skop projek ini, antaranya, melibatkan penaiktarafan dewan bedah, bilik imbasan, penambahan wad dan  katil bagi Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Insya-ALLAH, projek bernilai RM449.947 juta, dengan kemudahan 400 katil dijangkakan siap menjelang 2021,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Kerajaan negeri memandang serius insiden dua warga emas terperangkap dalam lif di sebuah pasar raya minggu lalu kerana ia membabitkan keselamatan orang awam.
  • KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas patah kaki kanan selepas tersepit di lif yang dinaikinya.
  • BANTING - Seorang penjual kerepek berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam sebuah lif hampir setengah jam di Pejabat Umno Bahagian Kuala Langat, petang semalam.
  • AMPANG - Kurang dua tahun menghuni Pangsapuri Ukay Indah, penduduk pemindahan setinggan di dua blok terbeban apabila enam unit lif rosak.