KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) meminta orang ramai melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan di kawasan sekolah kepada jabatan itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, ia bagi membanteras kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Pulau Pinang daripada menular di negeri ini.  

“Kita minta orang awam yang melihat aktiviti sedemikian dapat melaporkan kepada pihak JPNT atau PPD kemudian kita akan laporkan kepada polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

“Setakat ini tiada sebarang laporan berhubung aktiviti berkenaan di sekolah-sekolah di negeri ini. Cuma, kita harap semua pihak dapat membantu menyalurkan sebarang maklumat,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial mengenai tindakan beberapa individu yang dikesan mengedar kitab bible di hadapan sebuah sekolah di Bukit Mertajam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pulau Pinang siasat kes edar Bible di sekolah]

[ARTIKEL BERKAITAN: Edar Bible di sekolah: Sengaja cabar perlembagaan negara!]

[ARTIKEL BERKAITAN: Edar Bible: 29 individu dirakam keterangan]

Aktiviti pengedaran kitab itu dilaporkan berlaku pada 2 November antara jam 12.10 dan 12.30 tengah hari ketika tamat sesi persekolahan.

Difahamkan lebih 200 buku kitab ‘New Testament’ telah diedarkan kepada hampir 200 orang pelajar termasuk yang beragama Islam di sekolah itu.