KUALA TERENGGANU –  Terengganu menawarkan diskaun sehingga 65 peratus bagi pakej pelancongan sempena Ekspo Pelancongan MITA Travel Fair 2017 yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 24 Februari ini di Mines International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan, Selangor.

Timbalan Pengerusi II, Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, ekspo itu disertai 12 peserta terdiri daripada hotel, agensi pelancongan dan usahawan IKS yang menjual produk Terengganu dengan tawaran menarik.

Antara tawaran istimewa itu katanya potongan antara 38 peratus hingga 65 peratus beberapa hotel dan pakej pelancongan terpilih kepada orang ramai selama tiga hari MITA Travel Fair 2017 diadakan.

“Peserta ekspo juga akan membuat kejutan dengan mengumumkan harga runtuh melalui ‘happy hour’ dan kita harap orang ramai tidak melepaskan peluang ini,” katanya kepada media di Wisma Darul Iman, di sini.

Menurut Tengku Zaihan, antara pakej yang akan diperkenalkan nanti adalah pakej menyelam skuba, eko pelancongan di Tasik Kenyir, lawatan islamik, berbulan madu, pakej berkuda, pakej inap desa, pakej balik kampung perantau dan pakej river cruise.

Bagi menzahirkan suasana percutian di Terengganu katanya, booth penggiat industri pelancongan akan dihias dengan pelbagai hiasan 3D menarik untuk memberi peluang pengunjung bergambar seolah-olah sedang berada di negeri penyu ini.

“Penyertaan kerajaan negeri dalam MITA Travel Fair 2017 diharap dapat mencetuskan satu transformasi dalam menonjolkan keunikan penjenamaan negeri sebagai destinasi unggul yang berdaya maju dan berdaya saing di rantau ini.

“Pada penyertaan MITA Travel Fair 2016, pengusaha pelancongan berjaya menjual pakej pelancongan keseluruhan berjumlah lebih RM131,000 dan kali ini kita sasarkan jualan sebanyak RM200,000,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDARAYA MELAKA - Melaka mencatatkan ketibaan pelancong melebihi 130.28 juta dalam tempoh antara 1999 dan 2016, dengan pelancong domestik menjadi kumpulan teramai yang mengunjungi negeri ini.
  • IPOH - Kerajaan negeri tidak menafikan pewartaan mukim Matang sebagai kawasan dijangkiti wabak rabies memberi kesan kepada kedatangan pelancong khususnya di Kuala Sepetang.
  • JASIN - Tapak Ekskavasi Arkeologi Kampung Chohong berpotensi dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancongan.
  • JOHOR BAHRU - Seramai 20 anggota Kelab Media Johor (KMJ) bersama-sama beberapa wakil Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan kerajaan negeri memulakan misi galakan pelancongan ke Krabi, Thailand mulai malam ini sehingga 4 Ogos depan.
  • TELOK AIR TAWAR - Ketiadaan lampu di sekitar Pantai Robina, di sini menenggelamkan pemandangan indah di sekitar kawasan pelancongan ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.