KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang tergamak mendera anak teman wanitanya, di Kampung Tualang, Manir, di sini, April lalu, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan selepas Azhar Jusoh, 32, dari Kampung Tualang, Manir, di sini, mengaku bersalah mendera Muhammad Danish Aiman Abdullah, 2 tahun, iaitu menampar di muka dan kepala dengan niat untuk menyebabkan kematian, kira-kira jam 9 malam, pada 20 April tahun lalu.

Azhar, yang menganggur, mengaku bersalah melakukankesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda dan jika perbuatannya menyebabkan kecederaan, dia boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Azhar turut memiliki tujuh rekod jenayah lampau, iaitu tiga rekod jenayah dadah, tiga rekod jenayah kerana mencuri dan satu rekod melakukan kekerasan jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris manakala Azhar diwakili peguam bela, Muhamad Hayatuddin Mohd.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi kamar mahkamah apabila Zulfazliah gagal mengawal perasaan sebak semasa melihat gambar mangsa yang dalam keadaan koma ketika hendak ditunjukkan kepada Hakim Wan Fadhilah Nor.

Sinar Harian keluaran 22 April tahun lalu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera di kepala, selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya kerana tidak tahan melayan kerenahnya yang dikatakan terlalu aktif.

Susulan perbuatan itu, mangsa mengalami pendarahan otak dipercayai akibat ditampar dan kerana kecederaan berkenaan, mangsa berkemungkinan akan mengalami kecacatan kekal.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kuala Terengganu meminta Presiden parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menarik balik kenyataan bahawa anggota jabatan itu tidak tahu menembak, tidak pandai menggunakan bom dan hanya tahu menjaga trafik ketika kenduri.
  • KUALA TERENGGANU - Keputusan meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah ekoran komitmen terhadap anak-anak yang masih kecil tidak menjadi penghalang buat seorang suri rumah untuk terus berkecimpung dalam bidang pendidikan.
  • KUALA TERENGGANU - “Lebih baik seorang menteri Islam yang adil daripada menteri India dari MIC yang pentingkan diri sendiri.” demikian kata Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Dr B Chandran.
  • KUALA TERENGGANU - Kuala Terengganu menjadi bandar pertama di negara ini yang menerima myBas elektrik, di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST).
  • KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu dijangka mampu menang di enam kerusi Parlimen daripada jumlah keseluruhan lapan kerusi di negeri ini pada PRU14.