KUALA TERENGGANU - Siri Jelajah Perut Sihat Yeo’s Yeogurt Bersama Sinar Harian bukan sahaja memberi pendedahan terhadap bidang akhbar, penulisan dan portal pendidikan Guru, Pelajar, Sekolah (GPS) Bestari, ia juga secara tidak langsung memberi pengetahuan mengenai gaya pemakanan sihat bagi penjagaan usus.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), SK Pusat Kuala Ibai, Mohd Ramdzam Mohd Hanipiah berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima kunjungan Yeo’s, Sinar Harian dan GPS Bestari kerana pelbagai ilmu dapat dikongsi bersama pelajar di sekolah itu.

“Diharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana banyak pendedahan baru yang diperoleh 293 murid menerusi program selama hampir tiga jam di sekolah ini.

“Ia juga memberi pendedahan kepada murid mengenai akhbar Sinar Harian kerana tidak semua pelajar didedahkan dengan pembacaan akhbar. Kita amat berpuas hati dengan program ini dan harap ia akan dapat diadakan lagi di sekolah ini,” katanya ketika ditemui pada program itu, di sini.

Menurutnya, pertandingan mengarang esei yang disediakan menerusi penglibatan Yeo’s dan GPS Bestari dalam siri jelajah itu juga amat membantu dalam mengasah bakat murid serta memperbaiki kemahiran penulisan Bahasa Melayu mereka.

“Sebenarnya, bukan Bahasa Inggeris sahaja yang perlu diperbaiki, Bahasa Melayu juga memerlukan tumpuan bagi menghasilkan penulisan esei yang baik. Jadi, peluang begini amat kita hargai.

“Pertandingan penulisan esei ini amat berguna terutama bagi murid tahun enam sebagai dorongan untuk mereka memperbaiki kualiti penulisan bagi menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya.

Sementara itu, GPK HEM SK Tengku Bariah, Muhammad Ismail berkata, program julung kali diadakan bersama murid sekolah itu memberi pendedahan kepada murid mengenai makanan yang berkhasiat dan sebaliknya.

“Disebabkan penjagaan usus penting untuk prestasi pembelajaran, kita amat menggalakkan program sebegini supaya diperluaskan lagi pada masa akan datang.

“Pihak sekolah juga berbesar hati dengan aktiviti yang dimuatkan sepanjang berlangsungnya program di sekolah ini yang melibatkan seramai 460 murid tahun satu hingga enam,” katanya.

Promosi Yeos's Yeogurt & produk GPS Bestari

Wakil bahagian promosi, akhbar Sinar Harian, Natasha Amira Mohd Raffie berkata, siri jelajah ini ingin berkongsi kelebihan minuman Yeo’s Yeogurt serta memperkenalkan produk baharu Kumpulan Media Karangkraf, GPS Bestari yang menjadi portal pilihan nombor satu murid.

“Menerusi GPS Bestari, ia juga menyediakan produk buku Bestari Karangkraf meliputi latihan topikal dan kertas model UPSR yang amat sesuai dijadikan rujukan murid.

“Sebarang tempahan atau pertanyaan mengenai dua produk GPS Bestari itu boleh hubungi wakil GPS Bestari, Aida Ahmad di talian 019-2752205 atau Nor Amalini Fitriza Mohd Napi 011-12355901,” katanya.

Siri Jelajah Perut Sihat Yeo’s Yeogurt Bersama Sinar Harian berada selama tiga hari di negeri ini melibatkan program jelajah di enam buah sekolah dari Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu.

Jelajah berkenaan akan diteruskan di Kelantan pada 9 hingga 11 April dan akan mengunjungi enam buah sekolah antaranya SK Mentuan, SK Tanah Merah dan SK Seri Suria.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.