PERMAISURI - Dana terkumpul RM250,000 diperlukan bagi pembinaan sebuah surau baharu di Sekolah Menengah Agama (SMA) Setiu, di sini, untuk keselesaan pelajar dan warga sekolah.

Pengetuanya, Termizi Jusoh berkata, sebelum ini warga sekolah menggunakan bilik darjah di bangunan lama yang dijadikan surau sementara.

“Bilik darjah berkenaan tidak selesa dan tidak sesuai dijadikan sebuah surau untuk jangka panjang.

“Disebabkan inilah kami  bercadang membina sebuah surau di tapak baru dengan duit hasil sumbangan ibu bapa pelajar dan syarikat-syarikat yang sudi membantu,” katanya.

Katanya pada Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Hari Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Pecah Tanah Musolla at-Taqwa di SMA Setiu, di sini.

Hadir sama, Yang Dipertua PIBG SMA Setiu, Datuk Sabri Mohd Noor dan Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Bagaimanapun menurut Termizi, dana yang diterima setakat ini hanya berjumlah RM33,000.

Pihaknya masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai yang sudi membantu sekolah itu.

“Walaupun dana belum mencukupi, kami tetap akan mulakan pembinaan awal Mei ini secara berperingkat.

“Kalau mampu naikkan tiang dulu pun tak mengapa, janji dapat dilaksanakan sehingga siap kerana bergantung kepada sumbangan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Tiga lelaki ditahan dalam operasi mengesan tabung derma haram dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di dua lokasi melibatkan bazar Ramadan Wakaf Tengah dan Gong Badak pada 4 Jun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.