KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu tidak berhasrat untuk menjadikan pokok ‘Ceiba Chodatii’ atau pokok benang sutera yang ditanam di kawasan pusat pentadbiran Bandar Baharu Kuala Nerus sebagai ikon atau mercu tanda.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Terengganu, Ir Rosli Othman berkata, pokok tersebut yang sebelum ini viral di laman sosial, tiada dalam skop bidang kerja dan ia merupakan hadiah oleh kontraktor untuk memperindah kawasan Bandar Baharu Kuala Nerus.

“Pihak berkuasa projek pun tidak tahu berkenaan dengan hasrat ini, sehinggalah pokok itu ditanam. Pihak kerajaan juga dah minta kontraktor bagi penjelasan kenapa dibuat sedemikian rupa.

“Ia hadiah, macam Tahun Baru Cina, kita bagi angpow atau limau Mandarin sebab gembira, jadi ia tiada masalah. Mereka gembira kerana dapat projek dan kita juga gembira kerana perkembangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kontraktor yang cekap.

“Projek pembangunan bandar baharu ini memakan masa lapan setengah tahun dan dalam tempoh itu, tugas menyelenggarakan pokok adalah tanggungjawab kontraktor. Bukan itu sahaja, semua kerja landskap, bangunan pentadbiran, jalan dan sebagainya menjadi tanggungjawab mereka sepanjang tempoh itu, selepas habis tempoh, barulah kerajaan akan ambil alih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Azan Ismail (PKR-Bandar) tentang adakah kerajaan berhasrat menjadikan pokok tersebut sebagai ikon pada Sidang Dun sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dun Ke-13 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menanam 200 anak pokok di sepanjang Pantai Batu Burok pada program ‘Pledge and Plant A Tree’ sebagai sebahagian daripada aktiviti Festival Bulan Perancangan Nasional 2017 bersempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2017 ( HPBS).
  • KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan enam kes pokok tumbang dan lima kes tanah runtuh di pantai barat Sabah susulan hujan lebat serta angin kencang yang melanda kawasan itu, pagi tadi.
  • PULAU DUYONG - Semua premis kesihatan di seluruh negeri diarah untuk memeriksa pokok berdekatan bangunan masing-masing bagi mengenal pasti risiko kepada orang awam, sekali gus membolehkan tindakan segera diambil.
  • JERTIH - Masalah bau busuk daripada najis burung di bandar Jertih akan dapat diatasi hasil usaha Majlis Daerah Besut (MDB) memangkas pokok yang menjadi tempat burung tidur.
  • KAMPUNG LANDAS - Menyebut mengenai pokok tuba atau nama saintifiknya, Derris Elliptica, kebiasaannya ia sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bertanggungjawab segelintir individu yang menggunakan akarnya untuk menuba ikan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.