KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim 9 Terengganu (DM9) menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikesan melanggar syarat sah lesen, dalam satu operasi di sekitar perairan negeri ini, pagi semalam.

Pengarah Maritim DM9, Kapten Maritim Zainolabidin Jusoh berkata, ketika sedang beroperasi di sekitar perairan negeri, bot Maritim berjaya mengesan sebuah bot nelayan tempatan kelas zon C yang sedang menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika.

“Lebih kurang jam 1.40 pagi tadi (semalam), kita menahan bot berkenaan sebelum pemeriksaan mendapati, seramai 18 orang berusia antara 25 hingga 57 tahun berada di dalam bot tersebut termasuk seorang tekong dan 17 orang awak-awak.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati hanya tekong sahaja warganegara Malaysia dan 17 orang awak-awaknya adalah warganegara Thailand, selain mendapati sembilan daripada mereka tidak mempunyai permit kerja yang sah.

“Kita telah menahan bot dan kesemua mereka dibawa ke jeti Maritim DM9 untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu siaran media yang dikeluarkan semalam.

Dalam masa sama, Zainolabidin berkata, pihaknya sentiasa membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara daripada semasa ke semasa untuk mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang Maritim.

“Justeru, kami berharap agar semua pihak dapat bekerjasama dalam menangani isu jenayah Maritim serta keselamatan di laut.

“Sekiranya berlaku sebarang kejadian, boleh berhubung terus melalui talian MERS 999 atau 04-6224357 Pusat Operasi (PUSOP) DM9 Terengganu,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SABAK BERNAM - Sumbangan nelayan terhadap industri perikanan negara tidak dapat disangkal kerana mereka antara aset terpenting dalam meningkatkan ekonomi negara.
  • PASIR PUTEH - Enam nelayan warga Thailand berjaya diselamatkan manakala seorang dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki karam di Kuala Tok Bali di sini, hari ini.
  • TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim 18 Tawau menahan dua bot nelayan pukat tunda dan lima lelaki di dua lokasi perairan di sini kerana melanggar syarat lesen perikanan ketika menangkap ikan, semalam.
  • BUTTERWORTH - Beberapa nelayan di sekitar Seberang Perai Utara menagkui hasil tangkapan semakin kurang sejak kebelakangan ini yang mengakibatkan harga ikan terutama ikan kembung melambung tinggi.
  • PORT DICKSON - Seorang nelayan yang juga orang kurang upaya (OKU) menganggap dirinya sangat bertuah apabila seekor ikan pari harimau seberat 120 kilogram (kg) tersangkut pada jaringnya di perairan Chuah berhampiran Pengkalan Nelayan Kuala Lukut sekitar jam 11.30 pagi tadi.