TEMERLOH – Kerajaan memberikan subsidi berjumlah hampir RM800,000 bagi membina 25 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di bawah program rumah mampu milik dilaksanakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi kawasan Parlimen Temerloh, tahun ini.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, daripada jumlah itu kerajaan menanggung subsidi pembinaan RM500,000 untuk kesemua rumah tersebut dan subsidi kadar keuntungan pinjaman berjumlah RM296,000.

Menurutnya, itu bermakna kerajaan memberikan subsidi berjumlah RM796,000 bagi membina dan menyejahterakan 25 keluarga yang menerima bantuan pembinaan rumah di bawah program itu untuk Parlimen Temerloh tahun ini.

“Rumah berharga RM65,000 ini dibina atas kelayakan pemohon yang mempunyai gaji di bawah RM3,000 seisi rumah dan hampir separuh daripada jumlah itu iaitu RM31,000 ditanggung kerajaan.

“Setiap unit rumah kerajaan menanggung subsidi pembinaan RM20,000 dan subsidi kadar keuntungan pinjaman bernilai lebih RM11,000,” katanya sewaktu merasmikan majlis Penyerahan Sijil Kelayakan dan Inden Kerja RMR1M peringkat Parlimen Temerloh di sini kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.

Mohd Sharkar berkata, pembeli yang layak hanya membayar lebihan daripada jumlah itu berserta baki kadar keuntungan pinjaman masing-masing dan boleh menduduki rumah sendiri yang lebih selesa dan sempurna.

Beliau berkata, sejak dilaksanakan pada 2002, sebanyak 762 permohonan pembinaan RMR1M bagi Parlimen Temerloh dan daripada jumlah itu, permohonan 270 pemohon diluluskan.

Menurutnya, sejak 15 tahun lalu, 244 unit RMR1M siap dibina di kawasan Parlimen Temerloh, 25 unit dalam peringkat pembinaan, satu dalam peringkat dokumen dan 244 permohonan dalam senarai menunggu.

Mohd Sharkar juga menasihatkan 11 kontraktor yang dipilih SPNB untuk menyiapkan 25 unit rumah tersebut supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

Sementara itu, Ahmad Azizi menyarankan kontraktor dan pemohon yang diluluskan permohonan membina rumah itu supaya sentiasa berhubung untuk memastikan kelancaran pembinaan rumah masing-masing.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Gabungan NGO-NGO Selangor menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf secara terbuka kepada semua masyarakat Bugis atas kenyataan biadabnya yang mengatakan bangsa itu sebagai lanun.
  • KOTA KINABALU - Hujan lebat sejak petang tadi mengakibatkan banjir di lima kampung di Kota Belud, menyebabkan 119 mangsa daripada 36 keluarga terpaksa dipindahkan.
  • KOTA BHARU - Animasi Islamik Omar & Hana yang disaksikan di YouTube dan kaca televisyen kini boleh dibaca secara tiga dimensi dalam bentuk poster terbitan Kumpulan Media Karangkraf sekali gus menyuntik Kecerdasan Intelektual (IQ) kanak-kanak.
  • BANDARAYA MELAKA - Durian Tunggal yang terletak dalam Daerah Alor Gajah, bakal menjadi sebuah hub pengangkutan awam sejurus Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura beroperasi kelak.
  • ALOR SETAR - Kira-kira 400 pesawah di Mukim Tualang, Langgar dan Jabi kecewa dengan kelewatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) membekalkan benih padi bagi musim kedua tahun ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.