KUALA TERENGGANU – Penduduk di dua kampung di sini dikatakan berbalah mengenai sempadan tanah kubur.

Perbalahan antara penduduk Kampung Laut dan Belukar Jambu itu dikatakan bermula apabila ada penduduk dari Belukar Jambu didakwa cuba pasang pagar di dalam kawasan perkuburan seolah-olah cuba bahagikan kawasan.

Ia menimbulkan kemarahan penduduk di Kampung Laut kerana kawasan tanah perkuburan itu dikongsi mereka sejak turun temurun tanpa sebarang isu berbangkit sehinggalah pagar itu mahu diadakan di tanah perkuburan berkenaan.

Penduduk Kampung Laut sudah pastinya mempersoalkan tindakan memasang tiang pagar itu yang seolah-olah ingin mengasingkan kubur masyarakat kedua-dua kampung.

Segelintir penduduk Kampung Balukar Jambu pula mendakwa ia hanya menghalang haiwan ternakan seperti lembu masuk ke dalam kawasan kubur dan meninggalkan najis kerana pagar di bahagian Kampung Laut sering tidak berkunci.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Laut, Che Mat Jusoh ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan dari penduduk berhubung perkara itu, namun katanya, ia sudah pun diselesaikan.

Menurutnya, sebelum itu, pihaknya menerima aduan ada penduduk  dari Kampung Belukar Jambu didakwa cuba memasang pagar di dalam kawasan perkuburan yang menjadi tempat pengebumian penduduk di kedua-dua kampung.

"Susulan aduan itu, saya terpaksa memaklumkan perkara ini kepada penghulu mukim, dengan mengikut saluran yang sepatutnya... Saya juga sudah beritahu mengenai perkara ini kepada Pegawai Penyelaras Dun (PPD).

"Saya tidak mahu campur dan menyerahkannya kepada pihak sepatutnya. Supaya tidak berlaku salah faham nanti. Malah saya difahamkan, perbincangan (panjang) telah diadakan pihak penghulu dengan pihak berkenaan.

"Cuma keadaan itu menjadi semakin panas apabila ada pihak memuat naik isu berkenaan di Facebook (FB) menerusi akaun FB Kampung Laut. Bagaimanapun, pagar itu telah dirobohkan dan kita anggap isu ini telah selesai,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SELINSING - [VIDEO] Sejumlah sembilan rumah penduduk dari tiga kampung di sini terjejas teruk akibat kejadian ribut kencang yang melanda mukim Selinsing, lewat petang semalam.
  • IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menyiasat aduan lebih 400 penduduk Kampung Hijrah dekat Ulu Chepor di sini mengenai sebuah projek perumahan yang didakwa membawa kesan buruk kepada mereka.
  • BATU PAHAT - “Sudah tiga notis saya dapat dari Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP). Jika saya keluar dari sini, tak tahu mana tempat saya mahu tinggal, inilah satu-satunya rumah yang saya ada,” kata Yusni Ahmad, 40.
  • JOHOR BAHRU - Ibarat telur di hujung tanduk, demikian situasi yang dihadapi kira-kira 700 penduduk Kampung Dato' Hajah Hasnah Ahmad yang diarahkan keluar dari penempatan mereka.
  • LABIS - Kira-kira 300 generasi kedua Felda Chemplak, di sini, yang juga ahli persatuan Kami Anak Chemplak (KAC) mengambil kesempatan untuk berkumpul menjalankan pelbagai aktiviti sempena cuti Hari Krismas, baru-baru ini.