REMBAU – Hasrat seorang bekas wakil rakyat menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Kariah Bongek, di sini terbantut apabila kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang itu, Dahlan Ahmad, 84, memandu kereta jenis Toyota Vios keluar dari persimpangan rumahnya dan membelok ke arah Tampin sebelum bertembung dengan sebuah Proton Saga yang datang dari arah Tampin.

Kemalangan turut disedari anak Dahlan, Halimaton Dahlan, 55, yang sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke rumahnya.

Menurut Halimaton, dia terkejut apabila melihat kemalangan di jalan utama di hadapan rumah dari jauh.

“Saya cam kereta berkenaan adalah kereta ayah dan menggigil apabila menyedari ayah terbabit dalam kemalangan. Sebaik turun dari kereta, saya lihat ayah sudah berada di atas jalan dibantu orang awam.

"Memang sebelum ini kami sudah larang ayah memandu kereta kerana dua bulan yang lepas, dia pernah terlibat kemalangan. Tapi ayah tetap mahu bawa kereta untuk ke masjid," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, Toyota Vios dipandu mangsa mahu keluar simpang dan membelok ke kanan jalan, namun dalam masa sama terdapat sebuah lagi kereta datang dari arah Tampin sebelum kedua-duanya bertembung.
 

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEGAMAT - Seorang isteri di Kampung Lembah Bakti, di sini, hilang tempat bergantung dan terpaksa membesarkan dua anaknya sendirian selepas suaminya terlibat kemalangan maut di Pekan Tenang Stesen, di sini, 11 September lalu.
  • SUNGAI PETANI - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan memperluaskan lagi program meningkatkan kesedaran kepada sekolah-sekolah berhampiran laluan utama dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan.
  • KUALA NERUS - Seorang lelaki warga emas antara dua yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua buah kenderaan di laluan utama Sungai Tong - Kuala Terengganu berdekatan Felda Belara, di sini, hari ini.
  • SUNGAI PETANI - Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 13 Jalan Sungai Petani - Kuala Ketil, hari ini.
  • KOTA BHARU - “Saya sentiasa berdoa dan terus berdoa serta buat solat hajat untuk Angah, rindu benar kami untuk lihat dia sembuh, senyum dan mendengar suaranya mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran,” luah ibu pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Muhammad Hafiz Faizuddin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.