KUALA TERENGGANU - Keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan situasi banjir di Terengganu kembali membimbangkan dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,712 orang pada 1 tengah hari berbanding 798 orang pagi tadi.

Dua daerah yang sudah pulih sebelum ini iaitu Besut dan Setiu kembali dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak malam semalam.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Infobanjir, sebanyak 1,712 daripada 553 keluarga kini ditempatkan di 25 pusat pemindahan di lima daerah setakat 1 tengah hari ini.

Besut mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 751 mangsa di 11 pusat pemindahan berbanding 474 mangsa di enam pusat pemindahan pagi tadi.

Di Hulu Terengganu pula jumlah mangsa terus meningkat kepada 553 orang berbanding 210 orang diikuti Setiu membabitkan 294 orang.

Bagaimanapun jumlah mangsa di dua daerah kekal iaitu Dungun (84) dan Marang (30). - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di enam pusat pemindahan di Jasin dan Alor Gajah meningkat kepada 265 mangsa setakat 12 tengah hari ini berbanding 264 orang pagi tadi.
  • BANDARAYA MELAKA - Kerajaan negeri rangka tiga pendekatan untuk mengatasi masalah banjir terutama di kawasan-kawasan yang kerap berlakunya bencana tersebut.