KUALA TERENGGANU - Banjir di Terengganu semakin pulih dengan semua pusat pemindahan di Dungun ditutup sepenuhnya ekoran cuaca baik.

Sehingga jam 6 petang tadi, hanya dua pusat pemindahan di Kemaman masih dibuka bagi menempatkan 948 mangsa dari 207 keluarga yang terjejas berbanding 2, 532 orang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, dua pusat itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok dan surau Pulau Tempurung.

Katanya, empat jalan di Kemaman masih ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air antara 0.8 meter hingga 1.5 meter iaitu jalan Chukai ke Air Putih di Jambatan Sungai Pinang dan Kampung Paman.

“Jalan Chukai-Air Putih di loji air Satu pula ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air sedalam 0.45 meter,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BATU PAHAT - Ketika daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi mulai surut, kawasan Sri Medan, di sini, mengalami situasi yang berbeza apabila kawasan berkenaan pula dinaiki air.
  • KUANTAN - Keadaan banjir di daerah Pekan tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa masih kekal 102 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini.
  • MUKAH - Kira-kira 1,350 penghuni rumah panjang dan penduduk kampung di kawasan Tanjung Pedada, Sungai Mukah, 27 kilometer dari sini terjejas hubungan darat apabila sebahagian jalan utama menghubungi kawasan itu ditenggelami banjir.
  • KUANTAN - Banjir di Pekan beransur pulih apabila hanya tinggal 477 mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 9 malam ini berbanding 619 orang di lima PPS petang tadi.
  • MERSING - Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka sejak Khamis lalu ditutup dan mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, jam 6 petang tadi.