KUALA TERENGGANU - "Hanya dua sekolah masih ditutup esok manakala 11 sekolah lain yang ditutup hari ini akan beroperasi seperti biasa," kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Menurutnya, di Setiu, sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Las kerana masih ditakungi air manakala di Kemaman, SK Pasir Gajah terpaksa ditutup kerana terputus hubungan.

"Penutupan dua sekolah itu melibatkan 225 murid, 36 guru dan enam anggota khidmat pelaksana," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.  - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Sebanyak 1,685 orang daripada 719 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan banjir di Daerah Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut, sehingga jam 8 pagi ini berbanding 1,613 daripada 692 keluarga malam tadi.
  • JOHOR BAHRU - “Hujan lebat dalam masa lima minit, air terus naik masuk dalam rumah, kami hanya sempat selamatkan barang penting dan arahkan cucu-cucu yang masih kecil ke balai raya,” luah Lahawiyah Abdul Latif, 69, penduduk Jalan Permatang 7, Kampung Kempas Baru, di sini.
  • GEMAS - Hujan lebat berterusan selama hampir dua jam menyebabkan lapan rumah penduduk di Taman Molek, di sini, dilanda banjir kilat.
  • KOTA BELUD - Seramai 120 mangsa daripada 79 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak semalam.
  • ALOR SETAR - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 46 mangsa banjir daripada 13 keluarga berikutan limpahan air sungai berdekatan di kawasan Bukit Pinang dekat sini, ditutup sepenuhnya 10.30 pagi ini.