KUALA TERENGGANU - Situasi banjir yang dilihat semakin meruncing di Terengganu menyebabkan 24 sekolah di empat daerah terpaksa ditutup esok.

Daripada jumlah itu, 12 sekolah terletak di Hulu Terengganu, 10 di Setiu dan masing-masing satu di Besut dan Kemaman.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata kesemua sekolah berkenaan terpaksa ditutup kerana laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sekolah yang turut dilanda banjir.

"Di Hulu Terengganu, penutupan melibatkan sembilan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mengkawang, SK Padang Setebu, SK Cheting, SK Lubuk Periuk, SK Bukit Tadok, SK Padang Setar, SK Getang, SK Menerong dan SK Kuala Jenderis. 

Tiga lagi ialah sekolah menengah kebangsaan (SMK) iaitu SMK Kuala Jenderis, SMK Menerong dan SMK Tun Indera," katanya kepada Bernama.

Katanya 10 sekolah yang ditutup di Setiu ialah SK Merbau Menyusut, SK Kampung Fikri, SK Pelong, SK Sungai Las, SK Kampung Besut, SK Kampung Bukit Ulu Nerus, SK Payong Baru, SK Langkap, SK Kampung Buloh dan SK Chalok.

Di Besut sekolah yang ditutup esok ialah SK Pasir Akar dan di Kemaman melibatkan SK Padang Kubu.

Shafruddin berkata penutupan di 24 sekolah esok melibatkan 544 guru dan 4,196 murid.

"Sesi persekolahan di 21 sekolah pagi tadi terpaksa ditamatkan lebih awal secara berperingkat apabila kawasan sekitar mula dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak malam semalam. 

Tiga lagi sekolah pula memang dijadualkan tutup hari ini iaitu SK Sungai Las dan SK Kampung Besut di Setiu serta SK Getang di Hulu Terengganu," katanya. – Bernama

 
 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Seramai 29 mangsa di tujuh kampung di sekitar Kuala Muda terjejas akibat banjir kilat yang melanda susulan fenomena air pasang, di sini.
  • PONTIAN - Keadaan kawasan pesisir pantai di daerah ini masih terkawal meskipun berlaku limpahan air laut disebabkan fenomena air pasang besar berserta ribut di Pusat Perdagangan Pontian atau Tambak, malam tadi.
  • GEORGETOWN - Sebanyak 34 keluarga melibatkan 108 orang di Teluk Kumbar, Balik Pulau dipindahkan ke pusat pemindahan apabila rumah mereka dinaiki air selepas hujan berterusan sejak awal pagi tadi.
  • KANGAR - Hujan lebat yang turun di negeri ini sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air, bagaimanapun sehingga tengah hari belum ada sebarang pemindahan mangsa banjir.
  • SEPANG - Sebanyak lapan keluarga di Kampung Salak Tinggi, Sepang di sini terpaksa berpindah ke pusat pemindahan di Balai Raya Salak Tinggi akibat banjir yang melanda petang kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.