DUNGUN - Seramai 11 mangsa dari lima buah keluarga di pindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kampung Besol Lama, Bukit Besi, di sini, malam tadi.

Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan penempatan di kampung itu dinaiki air dan mangsa terjejas segera dipindahkan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Dungun, Ramlan Ros Wahid ketika dihubungi mengesahkan pusat pemindahan itu dibuka pada jam 1.30 pagi.

Manakala, bantuan segera sudah disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dungun demi keselesaan mangsa.