KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan yang dibuka bagi menempatkan mangsa ditutup secara rasmi, hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Left Kolonal (PA) Che Adam A Rahman berkata, pusat pemindahan terakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau, Dungun ditutup pada jam 3.40 petang.

Menurutnya, pusat pemindahan SK Gemuruh di Kuala Nerus yang menempatkan 126 mangsa pula ditutup pada jam 1 tengah hari.

“Oleh itu, Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) Terengganu akan beroperasi dalam keadaan mood standby (pasif) seperti biasa bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja iaitu Ahad hingga Khamis sehingga berakhirnya Monsun Timur Laut sekitar bulan Mac.

“Sekiranya berlaku bencana, BGBN akan diaktifkan beroperasi 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Che Adam merakamkan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam mengembling tenaga ketika proses operasi pengurusan bencana banjir kali ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Persediaan awal menghadapi kemungkinan musibah banjir di beberapa kawasan dalam parlimen ini perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
  • KERAYONG - Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Triang terutama Kampung Paya Pagar diminta terus peka dengan kenaikan air sungai demi keselamatan ahli keluarga masing-masing.
  • KUALA LIPIS - Penduduk Kampung Kuala Medang di sini sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir apabila tiba musim tengkujuh namun kesemua kira-kira 150 daripada 1,000 penduduk tetap perlu diberi tumpuan utama jika musibah itu berlaku.
  • ALOR SETAR - Bukan sekali tetapi 11 kali terpaksa berdepan banjir dalam tempoh sebulan.
  • MIRI - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bulau dalam daerah Subis, Miri, yang ditutup sejak semalam, masih tidak dapat meneruskan persekolahan hari ini berikutan paras air belum surut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.