KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu semakin buruk dengan 1,313 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan berbanding hanya 326 mangsa semalam.

Sehingga jam 6 petang tadi, sebanyak 15 pusat pemindahan dibuka di Dungun dan Kemaman bagi menempatkan 327 keluarga yang terjejas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kemaman mencatatkan mangsa paling ramai iaitu seramai 1107 orang manakala 206 orang di Dungun.

Menurutnya, Sungai Tebak di Kampung Tebak, Kemaman melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.62 manakala tiga sungai lain berada pada paras amaran.

Tiga sungai paras amaran itu adalah sungai Kemaman di Kampung Air Putih, Kemaman, sungai Dungun di Kuala Jengai dan sungai Dungun di Jambatan Jerangau.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Gelombang ketiga banjir di Terengganu yang melibatkan dua daerah iaitu Kemaman dan Dungun bermula 1 Jan lalu telah pulih sepenuhnya hari ini dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup.
  • KUALA TERENGGANU - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Pasir Raja yang menempatkan 252 orang daripada 92 keluarga telah ditutup sepenuhnya petang tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Hujan lebat berterusan di pedalaman Dungun sejak malam tadi menyebabkan 55 mangsa daripada 20 keluarga di dua kampung berpindah ke pusat penempatan banjir pada 5.30 petang tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Kuala Nerus dan Marang ditutup sepenuhnya pada 2 petang tadi.