KUALA TERENGGANU  - Keadaan banjir yang bertambah buruk di Terengganu hari ini menyebabkan 16,938 murid dan 1,949 guru tidak dapat pergi ke sekolah apabila 63 sekolah di empat daerah di negeri ini terpaksa ditutup.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin berkata jabatan menjangka hanya 24 sekolah sahaja akan ditutup namun hujan lebat berterusansejak semalam menyebabkan lebih banyak laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sebahagian sekolah turut dilanda banjir.

"Daripada 63 sekolah itu, 24 sekolah ditutup di Hulu Terengganu, masing-masing 19 di Besut dan Setiu serta sebuah sekolah lagi terletak di Kemaman," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak sekolah akan ditutup esok sekiranya banjir bertambah buruk di Terengganu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AMPANG - Hujan lebat kira-kira 40 minit pada jam 4 petang tadi menyebabkan banjir lumpur di sebuah pangsapuri di Taman Saga.
  • KOTA BHARU - Banjir kilat yang melanda Kota Bharu tempoh hari memaksa peniaga termasuk ‘tok seh karpet’ melelong barangan perniagaan mereka yang ditenggelami air bagi mengelak mengalami kerugian berterusan.
  • KLUANG - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Simpang Renggam ditutup jam 3 petang tadi berikutan cuaca bertambah baik dan air banjir semakin surut.
  • BATU PAHAT - Ketika daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi mulai surut, kawasan Sri Medan, di sini, mengalami situasi yang berbeza apabila kawasan berkenaan pula dinaiki air.
  • KUANTAN - Keadaan banjir di daerah Pekan tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa masih kekal 102 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini.