KUALA TERENGGANU - Atlet menembak negeri, Muhammad Izzat Husaini Mohd Jidin, 17, meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan di bandar ini, petang tadi.

Difahamkan mangsa menunggang motosikal ketika kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang di hadapan sebuah pasaraya di Tanjung, di sini.

Bapanya, Datuk Mohd Jidin Shafee yang juga bekas Adun Permaisuri ketika dihubungi mengesahkan kematian anaknya akibat kemalangan dan memberitahu arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim malam ini.