KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan kepada salah seorang ‘geng pajeri naga’, hari ini setelah didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata pada Mac tahun lalu.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh, Nizamudin Mohamad, 28, dari Kampung Buluh Hilir, Permaisuri, Setiu, didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa bersama seorang yang telah meninggal dunia, telah merompak seorang lelaki dan mengambil harta milik mangsa termasuk sebuah telefon bimbit dengan bersenjatakan sebilah pedang.

Dia juga didakwa melakukan jenayah sama terhadap seorang remaja berusia 19 tahun dengan mengambil kad pengenalan mangsa dan mengulanginya terhadap mangsa ketiga berusia 23 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan di Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering, di sini,pada 22 Mac 2016, kira-kira jam 2.30 pagi.

Mohamad Haldar kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kepada tertuduh dan mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak, bagi setiap kesalahan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Muhamad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan tentang tiga lelaki hanya mampu melihat apabila barang berharga milik mereka dirampas sebelum dilarikan, gara-gara ketakutan kerana diacukan pedang dan senjata menyerupai pistol pada 22 Mac tahun lalu.

Mangsa yang ketika itu sedang berbual di sebuah kedai makan yang sudah tutup operasinya, sebelum dihampiri sebuah kereta dinaiki dua lelaki tidak dikenali.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LIPIS - Akibat memandang remeh dan gagal melaporkan diri di balai polis semasa dalam tempoh pengawasan, lima lelaki dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Majistret Lipis di sini, semalam.
  • ALOR SETAR - Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 masing-masing oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dua tahun lepas.
  • JERANTUT - Seramai 20 Orang Kena Pengawasan (OKP) terlibat dalam Program Orientasi OKP anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jerantut, di Klinik Daerah Jerantut, minggu lalu.
  • KOTA BHARU - Tempoh penjara seorang tukang mozek kerana kesalahan rogol seorang remaja bawah umur dikurangkan dari 15 tahun kepada 11 tahun di mahkamah tinggi, di sini, semalam.
  • KOTA BHARU - Padah tiga kali menipu dua individu, seorang jurujual wanita dihukum penjara empat tahun setengah oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.