KUALA TERENGGANU - "Di rumah, mak akan ajar, bila dah habis belajar, dia akan suruh buat latihan sebagai persediaan untuk peperiksaan, kata murid cemerlang 6A Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, di sini.

Anak sulung dari tiga beradik, Adam Taufyq Nurhasim, 12, berkata, selain bantuan ibunya, Hidayah Mohd Nasir, 29, dia juga mendapat sokongan bapa, Nurhasim Abdullah,40, dan guru yang mendorong dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

“Saya juga amal prinsip senyap, fokus dan berani bertanya di dalam kelas sekiranya ada mata pelajaran yang saya tak faham,” katanya ketika ditemui di SKSS1 di sini, sempena hari pengumuman keputusan UPSR, semalam.

Adam Taufyq berkata, kejayaan dikecapinya itu adalah hadiah untuk semua terutama bapanya yang bekerja keras untuk membesarkan dia tiga beradik.

“Mak tak bekerja. Suri rumah. Bapa pula kerja hantar tempe ke kedai, pasar, pasar borong dan pasar raya.

"Selain tempe dia juga hantar tauhu, cincau. Dia memang agak sibuk kadang-kadang sampai ke Kelantan, Setiu dia hantar barang. Awal pagi sudah keluar bekerja sekitar jam 4 hingga 6 pagi.

“Sebab itulah kadang-kadang saya sampai lewat ke sekolah dalam jam 7.40 pagi hingga 8 pagi. Mungkin sebab ayah letih lepas keluar kerja awal dan terpaksa hantar saya ke sekolah pula,” katanya.

Adam Taufyq berkata, dia memperoleh keputusan 5A 1B dalam peperiksaan percubaan UPSR sebelum ini, di mana B bagi Bahasa Inggeris Penulisan.

Katanya, dia sebenarnya tidak yakin dapat A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Penulisan kerana kekurangan idea untuk menghasilkan karangan yang menarik.

“Tak sangka pula dalam UPSR ini saya berjaya dapat semua A. Insya-ALLAH, saya akan berusaha lebih kuat lagi selepas ini untuk capai cita-cita dan bantu keluarga.

“Kejayaan ini adalah berkat doa dari semua pihak, usaha dan kesungguhan,” katanya yang menyimpan cita-cita untuk menjadi saintis dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GUA MUSANG - Hampir 200 penduduk di Kampung Batu 2, Kuala Nerus, di sini, masih menunggu bekalan air dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang bermasalah sejak bertahun lamanya.
  • KOTA BHARU - Banjir kilat yang melanda Kota Bharu, semalam, turut menghakis tanah hingga menyebabkan sebuah pagar rumah di Taman Bina Raya 2 Kampung Binjai Limbat, Limbat, di sini, runtuh menghempap bumi.
  • MUALLIM - Lagi nahas membabitkan motosikal, dua sahabat berasal dari Ampang, Selangor maut selepas motosikal jenis Honda RS150R yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 376.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini, petang tadi.
  • JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan bertindak sebagai pendamai dalam mencari penyelesaian terhadap isu perobohan sebuah kuil Hindu di Seri Alam, baru-baru ini.
  • KUANTAN - Sudah hampir 30 jam kehilangan Mohd Danish Haikal, 12, yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Belat, dekat Kampung Jaya Gading, di sini, ketika hendak mula memancing bersama dua lagi rakannya.