JOHOR BAHRU – Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai Perhimpunan Black 505 anjuran PKR  yang dijadualkan berlangsung di negeri ini, hari ini yang bermula pada jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, penganjur tidak mendapat kelulusan permit daripada polis dan tidak memenuhi peraturan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurutnya, polis ada menerima notis pemberitahuan daripada wakil PKR Johor untuk mengadakan perhimpunan itu, namun permohonan yang dikemukakan lewat daripada tempoh yang ditetapkan.

“Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada kepada mereka yang menyertai perhimpunan itu,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan turut memberi ingatan sama kepada orang ramai supaya tidak menyertai himpunan berkenaan walau di mana sekali pun lokasi yang ditetapkan penganjur.

“Polis telah menerima maklumat awal bahawa satu himpunan akan diadakan di Sutera Mall. Saya ingin menegaskan himpunan itu tidak mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tiada sebarang notis dikemukakan kepada polis oleh mana-mana individu, persatuan atau kumpulan.

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai himpunan berkenaan dan polis akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA SAMARAHAN - Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) membatalkan 18 permit premis hiburan keluarga di kawasan itu setakat ini yang disalah guna untuk kegiatan perjudian tidak berlesen.
  • PAGOH - Persatuan Generasi Transformasi Ruminan (GTR) Zon Selatan menyambut baik usaha kerajaan negeri berkaitan kepentingan memiliki permit sembelihan terhadap golongan penternak.
  • PAGOH - Orang ramai yang mahu melaksanakan ibadah korban bersempena perayaan Aidiladha nanti diingatkan supaya memohon permit berkaitan terlebih dahulu dalam mengelakkan sebarang permasalahan berhubung tahap kesihatan haiwan sembelihan terbabit.
  • SHAH ALAM - Para peniaga bazar Ramadan diingatkan tidak menyalahgunakan permit diperoleh dengan menjual kepada pihak ketiga.
  • MELAKA - Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) selaku pengurusan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka menafikan dakwaan pihaknya tidak memohon permit bagi menjalankan operasi mengutip bayaran letak kenderaan di kawasan tersebut.