DUNGUN - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu berjaya membongkar sarang penagihan dadah yang dimonopoli golongan nelayan asing dan tempatan.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Terengganu, Wan Jalani Wan Ismail berkata dalam serbuan itu, pihaknya memberkas 68 orang dan mendapati 50 daripadanya positif dadah termasuk 10 nelayan warga Thailand.

"Operasi yang bermula jam 7 pagi tadi memfokuskan kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun dan di bawah jambatan Paka berhampiran jeti nelayan.

"Ia berikutan aduan daripada orang ramai berhubung aktiviti penagihan dadah di kawasan jeti nelayan. Seramai tiga orang daripada jumlah yang ditahan itu diserahkan kepada pihak polis kerana memiliki dadah," katanya selepas operasi perangi dadah habis-habisan, di sini, hari ini.

Dalam operasi berkenaan, seramai 64 kekuatan digunakan terdiri daripada AADK, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Bagi mengekang masalah penagihan berterusan, Wan Jalani berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Persatuan Nelayan dan mengadakan pemantauan di kawasan jeti kerana didapati dadah mudah dibawa masuk ke kawasan tersebut.

Katanya kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun itu dibawa ke Pusat Pemulihan AADK. - Bernama
 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Ibu kepada tiga anak menggunakan alasan mahu kelihatan kurus dengan mengambil dadah sejak beberapa tahun lalu.
  • RANTAU PANJANG - Seramai enam lelaki ditahan kerana positif dadah dalam sekatan jalan raya di Pos Tetap Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem), Cabang Empat Salam, Rantau Panjang, Sabtu lepas.
  • PASIR MAS - Enam penagih dadah dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas dalam operasi bersepadu di Kampung Bechah Kelubi, Chetok di sini kelmarin.
  • RANTAU PANJANG - Seorang lelaki yang bertindak agresif bagi mengelakkan ditahan Unit Penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas, akur selepas mendengar tangisan anaknya yang berusia tujuh tahun.
  • TAMPIN - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan berjaya menahan seramai 54 penagih termasuk dua adik-beradik perempuan dalam Ops Perdana bermula jam 11.15 malam tadi hingga jam 7.15 pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.