MARANG - Sembilan cedera termasuk tiga kanak-kanak dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di selekoh Serating di sini, pagi tadi.

Kejadian kemalangan kira-kria jam 10.20 pagi itu melibatkan dua kereta iaitu jenis Proton Saga dan Perodua Viva.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat bertugas, PBK II Shokry Mohamad berkata, pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tiba ke lokasi sekitar jam 10.44 pagi.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Saga dinaiki empat orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan, manakala satu lagi kereta Produa Viva pula dinaiki lima orang termasuk dua kanak-kanak lelaki.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua kereta dipercayai bertembung di sebuah kawasan selekoh di laluan itu. Akibatnya mangsa-mangsa terbabit mengalami kecederaan termasuk tiga kanak-kanak.

“Kesemua mangsa yang cedera dalam kemalangan dikeluarkan orang awam dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba dan penyelamat kemudiannya bertindak membersihkan lokasi kemalangan dengan menggunakan satu aliran 'hose reel' menggunakan air tangki jentera bomba.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Dua penghuni sebuah bilik hotel di Bukit Tinggi, Bentong dilaporkan cedera selepas struktur dinding bilik yang dihuni mereka runtuh, awal pagi tadi.
  • ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera manakala dua urat pada bahagian kakinya terputus gara-gara terhiris dengan mainan yang dibeli dari sebuah mesin tikam di kedai runcit.
  • BESUT - Seorang lelaki cedera di perut dan tangan selepas terkena tembakan oleh seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ketika operasi jabatan tersebut di Kampung Padang Buluh, di sini, pagi tadi.
  • SUNGAI PETANI - Beberapa pengunjung yang meraikan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di sini cedera apabila dikatakan terkena percikan bunga api yang dipasang di sekitar lokasi kejadian kira-kira jam 8.30 malam tadi.
  • KUCHING - Tiga lelaki cedera akibat ditembak dengan sepucuk shotgun di sebuah restoran di Pusat Perdagangan Kuching City Mall di sini awal hari ini.