KUALA TERENGGANU - Sebanyak 7,012 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya dalam tempoh lapan hari Op Selamat ke-11 di Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hasan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 5,453 saman dikeluarkan menerusi kamera had laju manakala 1,559 saman dikeluarkan secara terus kepada mereka yang dikesan pernah melakukan kesalahan sebelum ini.

"Statistik tersebut menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lepas yang mana sebanyak 6,699 saman dikeluarkan menerusi kamera had laju manakala 1,188 melalui saman dan tahan," katanya kepada Bernama.

Jelasnya antara kesalahan paling tinggi dikesan ialah had laju, tiada lesen memandu dan halangan lalu lintas.

Menurutnya menerusi Op Selamat itu juga, sebanyak 344 kes kemalangan telah direkodkan melibatkan 11 kematian daripada sembilan kes kemalangan maut dan daerah Kuala Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 96 kes, diikuti Kemaman sebanyak 75 kes dan Dungun 62 kes.

Abdul Razak berkata sepanjang musim perayaan ini juga pihaknya berjaya mengatasi kesesakan lalu lintas berbanding tahun sebelum ini, hasil daripada pelbagai strategi dan inisiatif di beberapa lokasi yang sering berlaku kemalangan.

Selain itu, pihaknya juga memberikan tumpuan kepada laluan keluar Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) antaranya di Chukai (Kemaman), Paka (Dungun), Ajil (Hulu Terengganu) dan Gemuruh (Kuala Terengganu).

"Saya bersama 200 anggota dan pegawai trafik sama-sama turun padang dengan melakukan rondaan, kawalan dan membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah seperti kereta rosak dan sebagainya.

"Perbezaan ini sangat ketara dan kita juga tidak menerima sebarang rungutan dan aduan daripada orang awam yang mengalami kesesakan teruk kali ini...kehadiran anggota juga dapat membendung gejala memotong barisan dan melanggar lampu isyarat,” katanya. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan menafikan kenyataan kononnya saman merokok di kawasan Pasar Siti Khadijah dan berhampirannya sudah pun dikuat kuasa sedangkan ia tidak benar, sebaliknya pendekatan pendidikan dilakukan pada masa ini.
  • SHAH ALAM - Seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Puchong bertindak memfailkan saman terhadap guru besar dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana berikutan tidak bersetuju dengan arahan pertukaran yang didakwa tidak adil serta berunsur peribadi.
  • GEORGETOWN - Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Noor Syazwani Md Amin hari ini memfailkan saman terhadap MBPP dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut ganti rugi berhubung pemecatannya.
  • BANDAR SERI JEMPOL - Tindakan polis mengenakan saman terhadap kenderaan yang menghalang laluan di Kampung Serampang Indah ( Gatco) semalam, adalah mengikut Standard Operation Procedur (SOP).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.