KUALA TERENGGANU - Seramai 11 lagi pelajar tingkatan lima kolej vokasional, di sini direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini, bagi membantu siasatan berhubung kes buli melibatkan seorang lagi pelajar di kolej itu.

Kesemua suspek yang berusia 17 tahun tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam sembilan pagi semalam dengan berpakaian lokap sambil diiringi polis.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Roszita Md Saad bagi siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kesemua suspek itu ditahan polis jam 5 petang semalam selepas penjaga masing-masing bertindak menyerahkan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini.

Dalam perkembangan kes itu, mangsa, Muhammad Luqman Hakim Mohd Shukri, 17 yang juga pelajar kolej sama mendakwa dipukul sekumpulan pelajar sebaya kira-kira jam 9.30 malam di surau kolej berkenaan, Selasa lalu.

Sejam selepas kejadian, mangsa sekali lagi dipukul di bilik asrama pada hari yang sama.

Ekoran itu, dia mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan di bahagian muka dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

[ARTIKEL BERKAITAN: Buli: 15 pelajar kolej vokasional direman empat hari]

Ibu mangsa membuat laporan polis jam 10.30 malam, Rabu lalu setelah dimaklumkan pihak sekolah mengenai kejadian itu.

Semalam, mahkamah memerintahkan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini terhadap 15 pelajar sekolah itu bagi membantu siasatan terhadap kes buli melibatkan dua pelajar berusia 16 tahun di kolej itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Polis sudah membebaskan 26 pelajar yang di reman sebelum ini, yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli membabitkan tiga mangsa di sebuah kolej vokasional di Kuala Nerus, minggu lepas.
  • SEREMBAN - Seorang bapa merayu pihak berkaitan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya yang didakwa kerap dibuli oleh guru sekolahnya.