KUALA TERENGGANU - Satu keluarga melibatkan 10 beranak tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pusaka yang didiami hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Chendering Pantai, di sini, awal pagi tadi.

Biarpun sedih dengan kejadian tersebut, Razali Endut, 50-an, seorang buruh tetap bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat dan tidak mengalami kecederaan atau meninggal dunia akibat kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba, Che Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.58 pagi dan seramai 18 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam dan menyelamat.

“Semasa tiba di lokasi, rumah jenis separuh kekal anggaran keluasan 60 x 40 kaki telah terbakar seratus peratus.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya daripada merebak ke kawasan berhampiran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JERTIH - Dua warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah diduduki mereka hangus dalam kejadian kebakaran di Kampung Tandak, pagi semalam.
  • KOTA BHARU - Keluarga Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19, yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini hangus terbakar dipercayai akibat api misteri memohon bantuan pihak tertentu untuk mendapatkan kediaman baharu.
  • JELI - Walaupun rumah didiami hampir 40 tahun hilang sekelip mata selepas musnah dalam kebakaran di sini, awal pagi tadi.
  • KUANTAN - Seorang warga emas berputih mata apabila wang tunai RM6,000 yang dikumpul sejak beberapa bulan lalu hangus sekelip mata selepas rumahnya di Kampung Kolong Pahat, Sungai Lembing di sini musnah dalam kebakaran, pagi kelmarin.
  • JERANTUT - Peristiwa rumahnya di Kampung Batu 1, di sini musnah dalam kebakaran 14 Ogos tahun lalu iaitu sehari selepas kakinya dipotong akibat kencing manis masih segar dalam ingatan Che Noor Hayati Che Mohd, 44.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.