KLANG - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) memerlukan sekurang-kurangnya 20 lagi peralatan hemodialisis bagi menampung dan menggantikan peralatan yang sedia ada di enam Pusat Dialisis di Selangor.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Ami Nardin Ishak berkata, keperluan peralatan itu penting bagi menampung pesakit yang berdaftar seramai 258 orang.

"Sehingga kini kita hanya ada enam Pusat Dialisis dan kita juga merancang untuk menambah lagi pusat berkenaan bagi melengkapkan keperluan di sembilan daerah.

"Sehubungan itu, kita memang mengalu-alukan jabatan korporat, GLC dan sebagainya untuk menyumbang dana bagi membeli

mesin hemodialisis yang berharga  RM45,000 setiap satu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan pakaian dan alat tulis kepada anak-anak yatim YIDE di Masjid Nurul Jannah, Meru, di sini hari ini.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad (Koop Guru) dalam proses mewujudkan Pusat Hemodialisis mereka yang dijangka beroperasi tahun ini sebagai salah satu usaha mengembangkan lagi operasinya.
  • JERTIH - Pembinaan dan pembukaan Unit Hemodialisis di Parlimen Dungun dan Besut adalah bukti kerajaan negeri Terengganu menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Persatuan Pusat Hemodialisis Prihatin Tengku Besar Terengganu (PPHPTBT) mengalu-alukan keprihatinan rakyat Terengganu untuk menghulurkan derma bagi membantu golongan tidak berkemampuan mendapatkan rawatan di pusat tersebut.