SHAH ALAM - Zakat Selangor menafikan maklumat berkenaan bantuan RM400 yang diberikan kepada ibu bapa mempunyai tiga anak bersekolah seperti yang tersebar dan menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Untuk makluman bantuan pendidikan di Selangor adalah disalurkan kepada anak asnaf fakir miskin yang berdaftar di Zakat Selangor bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Sehubungan dengan itu, Zakat Selangor memohon semua pihak agar tidak terus menyebarkan maklumat tidak benar yang diviralkan.

Sebarang kenyataan rasmi Zakat Selangor hanya akan dipaparkan melalui laman web di www.zakatselangor.com.my atau page facebook rasmi Zakat Selangor.

Sebarang info dan pertanyaan boleh hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343.