KUALA LUMPUR - Lima warga Myanmar dipercayai terlibat dalam kes rompakan seorang peniaga di Pasar Borong Selayang pada Khamis lalu melibatkan kerugian RM10,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata kesemua suspek berumur lingkungan 17 hingga 29 kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Selayang pada Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira 5.35 pagi di tempat letak kereta di Pusat Bandar Utara Selayang dengan mangsa yang berumur 50 tahun ditolak sehingga terjatuh dan kemudian begnya yang mengandungi wang tunai dan telefon bimbit dilarikan.

Beliau berkata pihak polis turut menemui sejumlah wang suspek yang dirompak.

Tangkapan itu dapat menyelesaikan dua kes rompakan yang menggunakan modus operandi yang sama sebelum ini, katanya. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLANG - [VIDEO] Tindakan seorang lelaki melakukan samun dengan mensasarkan stesen minyak yang sama sebanyak tiga kali akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis, petang semalam.
  • JASIN - Seorang pemilik kedai emas di Jalan Datuk Gan Heng Soo berputih mata apabila kedainya dipecah masuk malam Jumaat lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki Rohingya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, selepas mengaku salah merompak rakan senegaranya hingga menyebabkan mangsa cedera di pipi kiri, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini.
  • BUKIT MERTAJAM - Selepas hampir seminggu diburu, akhirnya suspek yang dipercayai terlibat dengan kejadian pecah masuk sebuah pusat servis telefon bimbit di Jalan Perai Jaya 2 di sini diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Pangsapuri Teluk Indah, Perai di sini pagi semalam.
  • KUALA KETIL - Sebuah keluarga dari Kampung Bukit Endoi bukan hanya disamun malah diancam mahu disembelih oleh tiga penjenayah yang memecah masuk rumah mereka, awal pagi tadi.