SELAYANG - Seorang warga Myanmar mati akibat ditikam  di bahagian dada oleh seorang lelaki dari negaranya, dipercayai akibat persaingan perniagaan, malam ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, pergaduhan mangsa, , Pajan, 26, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak juga dipercayai berpunca daripada masalah berhutang dengan suspek.

Menurutnya, mangsa yang bekerja menjual sayur di pasar borong Selayang dipercayai bergaduh dengan suspek, yang juga peniaga sayur bersebelahan kedainya sejak pagi di hari kejadian.

"Pergaduhan telah bermula sejak pagi dan berjaya dileraikan sebelum suspek sekali lagi datang ke rumah suspek sekitar 7.30 malam dalam keadaan mabuk untuk menuntut hutang.

"Mangsa mati akibat ditikam dan mati di tempat kejadian manakala suspek berjaya melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, suspek dikenal pasti berusia 35 tahun juga telah berkahwin dan pernah berjanji untuk menguruskan kad UNCHR mangsa dan menuntut bayaran itu.

Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.