SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menangkap ular sawa sepanjang tiga meter dalam saluran air bawah tanah rumah di Seksyen 4, di sini, hari ini.

Bomba menerima panggilan pada jam 2.23 petang sebelum pihaknya bergegas ke lokasi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Zamri Rohani berkata, ular seberat 20 kilogram itu dikatakan bersembunyi dalam saluran air itu.

"Kejadian itu disedari oleh sekumpulan pemotong rumput yang sedang bekerja di kawasan rumah terbabit.

"Sebaik menerima panggilan, lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui ular sawa yang masih hidup di dalam saluran air," katanya.

Menurutnya, anggotanya terpaksa memecahkan saluran air itu dan mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan ular sawa terbabit.

Katanya lagi, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan ular sawa berkenaan kemudian dilepaskan semula di kawasan yang selamat di Sri Muda.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MIRI - Angkatan Pertahanan Awam (APM) menasihatkan orang awam agar menghubungi talian kecemasan 999 jika terjumpa ular di kawasan perumahan atau berdekatan untuk bantuan keselamatan segera.
  • MANTIN - Berbekalkan kemahiran yang ada, seekor ular sawa sepanjang tiga meter dengan berat 15 kilogram berjaya ditangkap seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas reptilia itu cuba memasuki kawasan perumahan, Taman Asoka dari arah anak sungai di sini, semalam.
  • TEMERLOH - Penangkap ular terkenal Abu Zarin Hussin 31, mendakwa mengalami perasaan cemas yang luar biasa ketika menangkap seekor ular tedung selar sepanjang lebih lima meter di sebuah ladang kelapa sawit di Lanchang, di sini kelmarin.
  • KUALA LIPIS - Seorang penduduk berdepan detik cemas apabila nyaris dipatuk ular tedung selar yang berukuran lebih dua meter kira-kira sekitar jam 6.15 petang, kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.