PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia menyifatkan cadangan penubuhan jawatankuasa khas rayuan untuk mengkaji projek pembangunan di padang Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Kelana Jaya dekat sini hanya membuang masa.

Penyelaras BN Dun Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad berkata, langkah itu dilihat hanya salah satu cara Kerajaan Negeri untuk meneruskan projek berkenaan.

“Menteri Besar sudah tidak ada idea untuk menipu rakyat, jadi mereka cuba tubuhkan jawatankuasa bebas kononnya untuk memberitahu bahawa umum penduduk bersetuju dengan pembinaan padang ini,” katanya ketika mengadakan piket secara aman BN bersama Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), semalam.

Menurutnya, rakyat sudah dapat menilai betapa ketelusan yang kononnya diamalkan pentadbiran Kerajaan Negeri hanya dusta belaka selepas pembongkaran dua buku Rancangan Tempatan Petaling (RTPJ) 2 yang mempunyai fakta berbeza mengenai pewartaan tanah kompleks berkenaan.

“Kerajaan Negeri rakus mahu mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan yang terpaksa dihadapi penduduk di kawasan itu terutama di SS7,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya mahu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Menteri Besar supaya memberikan penjelasan jelas sama ada wujud penyelewengan atau tidak terhadap isu tersebut.

Beliau berkata, satu laporan polis akan dibuat sekiranya MBPJ dan Menteri Besar gagal memberi penjelasan yang kukuh mengenai projek berkenaan.

Minggu lalu, media melaporkan terdapat dua buku Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di mana dokumen yang dicetak MBPJ menunjukkan padang itu diwartakan sebagai tapak komersial (perniagaan dan perkhidmatan) manakala dokumen yang dicetak Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor menunjukkan kawasan itu diwartakan sebagai tanah lapang dan rekreasi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Seorang pengutip barang lusuh yang menganggotai kongsi gelap 'Geng 08', dan mempunyai tatu angka 8 di lehernya, hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
  • PETALING JAYA - Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar sebuah kawasan perumahan di Sri Damansara, di sini, bulan lepas.
  • PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini melanjutkan tempoh reman seorang lelaki yang membawa mayat kekasihnya ke Balai Polis Damansara baru-baru ini selama tujuh hari lagi, bermula kelmarin.
  • PETALING JAYA - Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, di sini, terbakar kira-kira jam 11.56 pagi tadi.
  • PETALING JAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas barang seludup berupa minuman keras dan rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta di dua buah gudang di Klang dan dan Shah Alam, pada Isnin lepas.