BANTING - Sikap tidak peka dengan alam sekitar sering dilihat menjadi faktor kegagalan usaha pelbagai pihak menangani isu pelupusan sampah dengan cara yang betul.

Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, faktor itu juga menyumbang kepada kewujudan lokasi haram termasuk pembuangan sampah di kawasan letak kenderaan.

“Sejak Januari hingga Ogos tahun ini sahaja sebanyak 30 operasi sampah haram dilaksanakan penguat kuasa dalam mengekang sikap tidak bermoral ini berterusan.

“Daripada jumlah itu, MDKL mengenal pasti tiga hotspot yang melibatkan kawasan Bandar Saujana Putra, Kampung Kanchong Darat dan Kampung Bukit Changgang," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dalam keseluruhan operasi berkenaan sebanyak 44 notis kesalahan dikeluarkan kerana membuang sampah haram selain menyita empat buah lori.

“Sebanyak enam kertas siasatan dibuka dan tindakan selanjutnya akan diambil.Sitaan turut dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil (UKK) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MDKL 2007.

“Pesalah pula akan berdepan dengan pendakwaan kes di mahkamah jika enggan menjelaskan kompaun dan sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksima sebanyak RM2,000," katanya.

Mohamad Zain berkata, sikap supaya lebih bertanggungjawab serta cintakan alam sekitar tanpa berbelah bahagi dituntut bagi memastikan generasi sekarang dan akan datang dapat menikmati suatu kehidupan yang lebih baik dan harmoni.

“Rondaan, pemantauan serta penguatkuasaan dilakukan setiap hari dengan kerjasama orang awam yang turut memberikan maklumat serta aduan di kawasan kawalan.

“Penghargaan juga kita berikan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan juga Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat yang bersama-sama menggerakkan pasukan bagi mengurangkan hotspot sampah haram," katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan semua masyarakat sama ada yang berada di kawasan operasi atau kawasan kawalan MDKL supaya sentiasa menjaga dan memelihara kebersihan pada setiap masa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SAUJANA PUTRA - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menyita 240 iklan haram yang ditemukan di dalam sebuah lori dalam Operasi Menyita Iklan Haram di sebuah taman perumahan di sini, semalam.
  • BANTING - Inisiatif Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) meneruskan kempen menggalakkan penggunaan bahan kitar semula melalui penganjuran Jamuan Aidilfitri terus mendapat sambutan positif.
  • BANTING - Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali memohon supaya penduduk di Daerah Kuala Langat mengekalkan keharmonian dan kesepakatan dalam komuniti demi menyokong usaha MDKL untuk membawa MDKL ke arah perbandaran.
  • BANTING - Inisiatif Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) melaksanakan kempen menggalakkan penggunaan bahan boleh dikitar semula melalui penganjuran majlis Aidilfitri mendapat sambutan positif.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.