KUALA LUMPUR - Terowong Lebuhraya SMART dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas pada 9 malam ini.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata penutupan sebelum ini dilaksanakan setelah menerima arahan daripada
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia untuk pengaliran lebihan air Sungai Klang dan Sungai Ampang akibat hujan lebat.

"Tindakan itu telah menyelamatkan Kuala Lumur daripada satu lagi banjir besar," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu ia memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

Status operasi Terowong Lebuhraya SMART boleh diikuti menerusi laman web www.smarttunnel.com.my atau di facebook@smarttunnel. Pertanyaan boleh dibuat di talian bantuan SMART di 1-300-88-7188. - Bernama