PETALING JAYA – Kerana tidak menyangka menjadi pemenang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M), seorang eksekutif pengiklanan membaca pesanan ringkas yang memaklumkan kemenangannya sebanyak tiga kali.

Joseph Pek, 27, dari Petaling Jaya berkata, dia menyertai PR1M sekadar suka-suka sahaja dan tidak meletakkan harapan tinggi.

“Saya tahu mengenai peraduan ini setelah baca Sinar Harian di pejabat dan mula cuba nasib sejak pertengahan tahun lalu.

"Penyertaan saya juga tak konsisten sebenarnya dan hantar borang pun tiga atau empat kali sahaja, jadi memang tak letak harapan tinggi pun untuk menang, sebab saya tahu peluang tipis kerana terpaksa bersaing dengan pembaca lain.

“Bila dapat tahu saya menang RM1,000, memang agak terkejut. Mula-mula saya terlepas panggilan daripada pihak Sinar Harian, kemudian saya dapat mesej menyatakan saya menang PR1M,” katanya.