KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat pindaan terhadap dasar Tanah negeri itu bagi menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini.   

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pindaan itu sepatutnya berkuat kuasa pada 21 Jun lepas dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berlangsung di sini hari ini telah bersetuju  meluluskan pelaksanaannya.

"Dasar ini meliputi semua permohonan tanah baharu," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani 'Heads Of Agreement' antara Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan agensi-agensi kerajaan negeri.

Turut hadir Setiausaha Kerajaaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong; dan  Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad  Rudirman  Wan Razak.

Majlis tanda tangan itu adalah salah satu gerakan transformasi ekonomi yang dikenali sebagai 'Realignment Excercise' (RE) yang bertujuan menyusun semula syarikat dan agensi di Terengganu bagi meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan.

Pindaan itu turut menyeragamkan tempoh pajakan tanah bagi memudahkan rakyat negeri ini  membuat urusan pinjaman bank, dengan itu membantu mereka memiliki tanah dan sekaligus membina kediaman masing-masing. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA NERUS - Kerajaan negeri mewajibkan semua kakitangan awam, pegawai syarikat berkait kerajaan (GLC) dan pengerusi JKKK di seluruh negeri mendaftar sebagai sahabat Revolusi Anti Rasuah (Gerah).
  • HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu melahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita dengan kejadian kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Ittifaqah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang berlaku pagi tadi hingga mengorbankan 23 mangsa melibatkan pelajar dan warden.
  • KUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini.
  • KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menafikan dakwaan pembangkang bahawa Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah 2017 yang dijanjikan kepada mereka yang layak hanyalah sekadar janji sempena PRU14.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.