KUALA LUMPUR - Sebuah unit pejabat yang dijadikan tempat penyimpanan barang-barang elektrik di Taman Sentul Raya, di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata, lima jentera bersama 20 anggota penyelamat bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.34 pagi.

"Kebakaran di tingkat dua bangunan pejabat itu melibatkan ruang berkeluasan 10x20 kaki bersegi dan terbakar 100 peratus.

"Bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran. Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,"katanya.