SHAH ALAM - Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), pemegang konsesi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan menutup laluan ke susur keluar Bulatan Selangor di Km 6.1 berhampiran Balai Polis Seksyen 15 (arah ke pusat bandar Shah Alam) untuk kerja-kerja pembaikan saluran paip bawah tanah.

Prolintas dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan sementara itu akan bermula pukul 10 malam ini (13 Oktober) sehingga pukul 10 malam esok (14 Oktober).

Sehubungan itu, pengguna LKSA dinasihati agar menggunakan laluan alternatif ke Seksyen 15 dan Seksyen 16 Shah Alam serta ke Klang menerusi Bulatan Jubli Perak dan Bulatan Bunga Lawang.

Untuk maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh melayari laman web Prolintas di www.prolintas.com.my atau menghubungi talian bebas tol 1-300-88-2801. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.