SHAH ALAM - Memikat pasangan  diminati menggunakan  ayat manis perkara biasa.

Usaha memikat itu tidak janggal kerana secara fitrahnya lelaki sentiasa berusaha walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran.

Namun, kaedah memikat lelaki zaman moden ini kepada wanita dari Kedah yang dikenali Cik Awie ini lain daripada biasa.

Berkemungkinan besar sifat malunya tinggi, si comel kucing kesayangan Cik Awie, digunakan sebagai perantara untuk menyampaikan hasrat hatinya secara terbuka.     

Lelaki misteri itu juga turut melipat kertas berisi surat cinta pada leher kucing Cik Awie yang dinamakan Mok sebagai posmen.

"Assalamualaikum, saya nak cakap face to face segan, so macam ni la caranya. Saya nak berkenalan ja, kalau awak sudi, saya nak mintak nombor telefon ja kalau tak keberatan.

“TQ . Reply this message after you receive," antara kandungan mesej ditulis jejaka misteri itu yang kemudian tular di media sosial.

Cara lelaki misteri meluahkan rasa hati itu menjadi bualan netizen kerana tidak ramai golongan lelaki menggunakan kreativiti sebegini dalam mengurat wanita lebih-lebih lagi pada zaman moden.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Impak tular di laman sosial berjaya menghubungkan sekumpulan pemancing dengan keluarga serta rakan mereka bagi meminta bantuan agar diselamatkan apabila bot yang dinaiki hanyut pada jarak 18 batu nautika dari Kuala Terengganu, pagi tadi.
  • KEMAMAN - Seorang gadis bertukar menjadi popular sekelip mata selepas video keberaniannya meredah paras banjir yang dalam dengan menaiki pacuan empat roda tular di media sosial sejak Rabu lalu.
  • BACHOK - Keluarga murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai Senak yang menjadi mangsa tular kononnya memakai pakaian dan kasut buruk pada hari pertama persekolahan, malu dengan penularan berita berkenan.
  • IPOH - Seorang wanita bertindak membuat laporan polis selepas video dia bersama rakannya memegang mercun bola mula mendapat kecaman selepas ia dikaitkan dengan insiden perlawanan bola sepak antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam.
  • SEREMBAN - “Kami jiran pun takut dengan mereka (anak dan ibu). Kadangkala ibu pelajar itu bertindak di luar kawalan,” kata seorang jiran yang mengenali keluarga remaja perempuan yang bertindak membuang air besar di sebuah dobi di Lobak, di sini, sehingga menjadi tular di laman sosial, kelmarin.