KUALA LUMPUR - Mencari pembeli dalam kalangan pelancong asing untuk menjual pelbagai barangan disyaki tiruan untuk mendapatkan keutungan berganda.

Taktik enam premis yang terletak di Jalan Petaling, di sini, berjaya dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Bertindak atas maklumat, serbuan dijalankan pada kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Wan Mhd Yusof W Taib berkata, 234 beg tangan, dompet, minyak wangi dan tali pinggang berjenama Yves Saint Laurent serta Gucci disyaki tiruan dirampas.

"Dianggarkan barangan tersebut bernilai RM7,120. Enam kes telah dihasilkan dan disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati premis-premis ini menjual barangan tersebut secara runcit dan mensasarkan pelancong sebagai pembeli.

Katanya, pihaknya percaya barangan terbabit diperoleh dari luar negara sebelum dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

"Siasatan masih dijalankan dan kita akan operasi akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras penjualan barangan tiruan," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menegaskan tiada kes barangan tiruan dilaporkan di Perlis setakat ini.
  • KOTA BHARU - Sebanyak 390 unit pelbagai barangan tiruan berjenama Louis Vuitton (LV)dirampas dalam satu serbuan di Ketereh Khamis lalu.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) membongkar lagi aktiviti menyimpan dan menjual kasut serta selipar berjenama disyaki tiruan.
  • JOHOR BAHRU - Pelbagai jam dan kasut berjenama tiruan bernilai RM96,720 dirampas dalam serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor di Pasar Borong Pandan, di sini, malam kelmarin.