PETALING JAYA - Sejumlah RM7 juta diperuntukkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi projek baik pulih fasiliti dan kemudahan di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Taman Datuk Harun, di sini.

Ia sekali gus menamatkan penantian penduduk yang selama ini terbeban dengan persekitaran usang di perumahan yang sudah berusia 77 tahun itu.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kerja-kerja baik pulih berkenaan meliputi penggantian tangki air, bumbung flat dan pembinaan fasiliti sekitar kawasan perumahan.

Menurutnya ia termasuk pembinaan semula sistem perparitan lebih sempurna, pagar khas, serta padang futsal pelbagai guna.

“Flat ini sudah terlalu lama dan memerlukan perhatian. Tangki air sudah berlumut dan menyebabkan air digunakan penduduk tercemar.

“Sistem perparitan juga teruk menyebabkan air bertakung. Jadi tidak hairanlah Selangor menjadi kawasan wabak denggi kerana kerajaan negeri tidak mengambil berat masalah rakyat terutamanya kategori rakyat miskin yang tinggal di kawasan kos sederhana dan rendah seperti ini,” katanya pada sidang media selepas lawatan turun padang ke flat berkenaan, di sini, semalam.

Beliau berkata, proses kerja-kerja berkenaan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat dan akan disiapkan dalam tempoh segera memandangkan peruntukan sudah tersedia.

Namun ujarnya, pihaknya mengharapkan kerajaan negeri terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi kerjasama yang sewajarnya untuk melancarkan proses berkenaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PELABUHAN KLANG - Kerajaan negeri didakwa gagal mentadbir apabila kira-kira 3,000 penduduk di lapan buah flat di Taman Kem terpaksa ambil risiko berikutan terpaksa tinggal di flat yang uzur dan daif.
  • DENGKIL - Pembinaan 400 unit rumah teres satu tingkat untuk bekas pekerja ladang Taman Permata di Ampar Tenang, Dengkil sedang dalam proses tender.
  • SHAH ALAM - Penduduk Flat Seri Nipah Seksyen 22 di sini hari ini menggesa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) campur tangan untuk menyelesaikan masalah sampah dan kerosakan kemudahan awam di tempat mereka.
  • ALOR SETAR - Sepasang warga emas di Flat Seri Gemilang, di sini, didakwa terpaksa meneruskan hidup dalam kediaman dipenuhi bahan terbuang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.