SUNGAI BESAR - "Abah dan Mak harap Angah pulih seperti sedia kala seperti dulu...kami rindu nak lihat keletah Angah," demikian luahan pasangan suami isteri Abd Halim Mohammed Khairi, 48 dan Maimon Yahya, 45.

Anak pasangan itu, Fakhrul Radzi, 21, kini hanya mampu terlantar akibat daripada penyakit misteri yang dihidapinya sejak kecil.

Abd Halim berkata, segalanya bermula selepas anak kedua dari lima beradik itu mengalami sakit kepala luar biasa ketika berusia 12 tahun.

"Angah (Fakhrul Radzi) jalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Dia bersekolah dan antara murid yang pandai, selain menyertai pelbagai aktiviti sukan sehingga masuk ke peringkat daerah.

"Tak lama lepas itu, Angah yang tinggal di asrama sebuah sekolah kebangsaan di sini, sering mengadu sakit kepala hingga ada ketika, berguling tidak dapat menahan kesakitan," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Fakhrul Radzi boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) (10123-29-00018382-6) di atas nama Maimon Yahya atau menghubungi Abd Halim di talian 019-2991195.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENDANG - Demi kasih yang mendalam, seorang pekerja syarikat kebersihan sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang dipotong kaki akibat kencing manis.
  • TASEK GELUGOR - Siapa sangka seorang pemuda yang dahulu aktif, kini hanya mampu terbaring lemah di rumah akibat penyakit misteri.
  • KUALA NERUS - “Selama dua tahun saya menderita sakit tanpa mengetahui apa punca hingga mengakibatkan berat badan saya turun mendadak,” demikian kata mangsa yang menghidap penyakit misteri yang hanya ingin dikenali sebagai Zaleha.
  • CHEMOR - Dengan keadaan fizikal badan dan kedua-dua kaki semakin membesar, seorang wanita mengharapkan bantuan mana-mana pihak untuk membesarkan bilik air serta tandas duduk bagi membolehkannya digunakan dengan selesa.