KUALA LUMPUR - Tiga laluan Aliran Transit Massa (MRT) yang baharu akan dibuka di kawasan Lembah Pantai bagi menampung kepadatan penduduk serta pembangunan sosioekonomi di kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin berkata, tiga laluan itu ialah Pantai Halt (di kawasan setinggan lama Lembah Pantai), Taman Bukit Angkasa (Lembah Pantai) dan Abdullah Hukum (Lembah Pantai).

Katanya, beliau meminta pihak MRT membuka stesen di kawasan berkenaan berikutan kepadatan penduduknya yang mencecah 400,000 orang selain kerancakan aktiviti pembangunan di situ.

"Atas usaha ini mereka bersetuju, dari segi laporan teknikal juga telah siap, perkara ini cuma perlu disahkan oleh Majlis Ekonomi dan Kabinet," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan majlis pecah tanah Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam serta pembukaan tanah kubur baharu seluas 1.2 hektar sumbangan Kumpulan Syarikat Amona.

Menyentuh pembinaan Masjid Al-Khadijah, Raja Nong Chik berkata projek itu membabitkan kos RM15 juta dan dijangka siap dua tahun lagi.

"Keluasannya mencecah 34,276 kaki dengan ruang masjid yang boleh dimasuki hingga 3,000 jemaah, ia sebahagian daripada projek Pantai Sentral Park yang telah diluluskan pihak kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya ketika berucap pada majlis itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tidak dinafikan ada individu mahu menghilangkan tekanan di tempat kerja mahupun di rumah dengan bersiar-siar atau menonton wayang di pusat membeli-belah sama ada berseorangan mahupun bersama keluarga atau rakan-rakan.
  • KAJANG - Kerajaan negeri nafi mengeluarkan arahan kepada pegawainya supaya tidak menghadiri majlis perasmian Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK), semalam.
  • KAJANG - Pelancaran perkhidmatan fasa dua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang, Isnin ini, sudah pasti membawa sinar baharu dalam kehidupan penduduk Kajang dan kawasan sekitarnya yang berulang-alik mencari rezeki di ibu negara.
  • KUALA LUMPUR - Seramai 136 pemilik Ampang Park terus mendesak Mass Rapid Transit (MRT) untuk membuka pintu rundingan dalam usaha menyelamatkan bangunan ikon ibu kota itu dari dirobohkan.
  • KUALA LUMPUR - Penantian perkhidmatan bas awam selama 20 tahun oleh penduduk Bukit Rahman Putra dan Kampung Melayu Sungai Buloh, dekat sini, bakal berakhir Jumaat ini.